Perlis Centre of Wisdom
Perlis Centre of Wisdom merupakan Pusat Dakwah Majlis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang ditubuhkan pada bulan Januari 2023. Pusat ini menggerakkan aktiviti dan program dakwah di sekitar negeri Perlis dengan pembiayaan sepenuhnya oleh MAIPs.
MOTTO KAMI
"DAKWAH ILMIAH,
SANTUN BERHIKMAH"
ORGANISASI PENGURUSAN PERLIS CENTRE OF WISDOM
Visi Wisdom
Menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat majmuk dan memperkasakan golongan saudara baru.
Misi Wisdom
Menjalankan projek dakwah kepada masyarakat majmuk dan golongan saudara baru dengan hikmah melalui pelaksanaan aktiviti dakwah, penyelidikan dan penerbitan pengisian dakwah media.