15/01/2023

Asal usul Hari Agama Sedunia

Asal usul Hari Agama Sedunia

Apa Itu Hari Agama Sedunia?

World Religion Day disambut pada setiap hari ahad ketiga di bulan Januari. Tahun lepas kita telah melihat polemik sambutan ini dikalangan tokoh akademik dan ahli politik muslim di Malaysia.

Sambutan ini jelas mendokong gagasan fahaman pluralisme agama yang kini ia semakin menebal di peringkat antarabangsa. idea ini jelas bertentangan dengan dasar ajaran Islam yang hanya mengakui Islam satu-satu agama yang diredhai di sisi Tuhan. Firman Allah di dalam Al-Quran:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُ

Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah ialah Islam. (Surah Al-Maidah, ayat 3)

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan barangsiapa yang mencari agama lain selain Islam, maka dia tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak daripada orang yang rugi. (Surah Ali-Imran, ayat 85)

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (٩)

“Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.” (Surah Ash Shaf, ayat 9)

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ﴿١﴾ لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴿٢﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٣﴾ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ ﴿٤﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿٥﴾ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (Surah Al-Kafirun: 1-6)

Kembali