29/06/2024

Bengkel Dakwah (Hari 1)

Bengkel Dakwah (Hari 1)
Tarikh: 29 Jun 2024 / 22 Zulhijjah 1445H
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Seminar Street Dakwah

Hari pertama Bengkel Dakwah anjuran WISDOM telah berlangsung dengan pengisian yang bermanfaat kepada para peserta.

Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan oleh Marcellus Mourine, Pengurus Unit Dakwah WISDOM, yang menyentuh tentang Kepentingan Dakwah kepada Masyarakat Majmuk.

Sesi kedua diteruskan oleh Ahmad Iqram Mohd Noor, Ketua Pegawai Operasi WISDOM, yang membawakan tajuk Mengenali Prospek, memberi penekanan kepada pendekatan awal dalam menyantuni mad’u.

Sesi ketiga kembali bersama Marcellus Mourine yang membincangkan topik Salahfaham Non-Muslim terhadap Islam dan Kaedah Interaksi Dakwah kepada Masyarakat Majmuk.

Bengkel ini memberi asas penting kepada para peserta dalam memahami peranan dakwah dan pendekatan terbaik yang boleh diambil dalam menyampaikan mesej Islam secara berhemah dan efektif.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

 

Kembali