14/07/2024

Hari Bersama Muallaf Bil.2/2024

Hari Bersama Muallaf Bil.2/2024

Tarikh: 14 July 2024 ( Ahad ) / 08 Muharram 1446H

Masa: 8.00 Malam

Tempat: Bilik Seminar Perlis Centre of Wisdom

Alhamdulillah, Perlis Centre of WISDOM telah mengadakan Hari Bersama Muallaf bagi meraikan golongan muallaf yang sentiasa berusaha dan komited menyertai program-program pengajian saudara baru di negeri Perlis.

Pada kali ini, Pengurus Unit Dakwah PCW,Marcellus Mourine telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Tujuan & Sebab.

Antara pengisian yang dikongsikan :

1. Allah menciptakan kita dengan tujuan iaitu mengabdikan diri hanya kepada-Nya.

2. Iman perlu disertai dengan ilmu pengetahuan.

3. Al Quran dan As Sunnah merupakan pegangan utama kita sebagai muslim.

4. Melazimi pembacaan Al Quran dengan penghayatan dan pemahaman makna serta mendapatkan bimbingan daripada pengajar yang berkelayakan.

5. Golongan muallaf merupakan ejen dakwah.

6. Membentuk keperibadian muslim yang berjiwa dakwah dan bersiap sedia untuk memberi khidmat kepada agama Islam.

7. Menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.

DAKWAH ILMIAH, SANTUN BERHIKMAH.
Perlis Centre of WISDOM.

#wisdom #ObjectiveandTruth #PerlisWisdom

 

Kembali