Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Kunjungan Hormat ke Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)
Tarikh: 29 Mei 2024 / 20 Zulkaedah 1445H
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pejabat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)
Alhamdulillah, Perlis Centre of Wisdom (PCW) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). Kunjungan ini disambut mesra oleh Pengurus Besar PKENPs, Tuan Norsiake bin Kassim, bersama para pegawai PKENPs yang lain.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Penasihat Perlis Centre of Wisdom, Tuan Haji Sadik Ismail serta beberapa pegawai dari PCW.
Hasil pertemuan ini telah membuka ruang kerjasama antara PKENPs dan PCW untuk melaksanakan program kesedaran dakwah kepada masyarakat majmuk.
Semoga perancangan dan usaha murni ini dipermudahkan Allah SWT serta memberi impak yang positif kepada keharmonian dan kefahaman antara komuniti pelbagai latar belakang di negeri Perlis.
Kembali
SCAN QR CODE
To Chat With Us