09/06/2024

Lawatan UiTM Perlis ke Perlis Centre of Wisdom

Lawatan UiTM Perlis ke Perlis Centre of Wisdom

Alhamdulillah, Perlis Centre of Wisdom (PCW) telah menerima kunjungan rasmi daripada rombongan UiTM Perlis yang diketuai oleh Ustaz Mohd Rizal Hanafi, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Islam UiTM Perlis. Seramai 40 orang pelajar turut serta dalam lawatan ini.

Sesi lawatan dimanfaatkan dengan sesi perkongsian bersama Pengurus Unit Dakwah PCW, Marcellus Mourine dan Pengurus Unit Kajian PCW, Amirul Asyraf. Antara pengisian utama adalah penerangan tentang kepentingan dakwah kepada masyarakat majmuk serta asas kaedah interaksi dakwah yang sesuai dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama.

Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami secara langsung pendekatan dakwah lapangan yang dilaksanakan oleh PCW, selain membuka ruang untuk kerjasama yang lebih erat antara institusi pengajian tinggi dan badan dakwah.

Perlis Centre of Wisdom amat mengalu-alukan kerjasama strategik daripada mana-mana pihak dalam usaha memperkasakan dakwah Islamiyyah dan membentuk generasi Muslim yang mampu menjadi ejen penyampai mesej Islam secara berhikmah.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Kembali