30/03/2024

Majlis Buka Puasa Bersama Masyarakat Majmuk

Majlis Buka Puasa Bersama Masyarakat Majmuk

Tarikh: 30 Mac 2024 / 20 Ramadan 1445H
Masa: 6.00 petang
Tempat: Masjid Alwi, Kangar

Alhamdulillah, Majlis Buka Puasa Bersama Masyarakat Majmuk di Masjid Alwi mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat majmuk di Perlis yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Majlis ini dihadiri oleh Pertubuhan Buddhist Perlis, Pertubuhan Che Yang Khor serta beberapa agensi dan NGO Islam.

Pengisian utama dalam majlis ini ialah Dialog Harmoni bersama Mufti Negeri Perlis, yang berkonsepkan soal jawab mengenai Islam. Banyak soalan telah dikemukakan oleh para tetamu masyarakat majmuk dan dijawab dengan baik oleh Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Turut diadakan penyampaian sumbangan zakat kepada masyarakat majmuk setelah tamat sesi soal jawab bersama Dato’ Mufti.

Perlis Centre of Wisdom merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ini. Semoga keharmonian dalam kepelbagaian bangsa dan agama dapat terus dipelihara.

Insya-Allah, kami akan terus berusaha menyampaikan mesej-mesej Islam kepada masyarakat majmuk. Mohon sokongan dan doa daripada semua agar Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada pasukan kami untuk terus menyebarkan kebaikan Islam.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

 

Kembali