Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Majlis Syahadah Park Yoo Soon/Yusuf Park
Tarikh : 19 Mei 2023 / 28 Syawal 1444H
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Pejabat Perlis Centre of WISDOM
Alhamdulillah hari ini Perlis Centre of WISDOM menerima seorang saudara baru daripada Korea. Beliau bernama Park Yoon Soo. Kini, beliau memilih nama Yusuf Park sebagai nama Islam beliau.
Sejak bulan April lepas, Pengurus Unit Dakwah PCW, Marcellus Mourine berhubung dengan Yusuf Park. Beliau mempunyai banyak soalan tentang Islam. Hari demi hari Marcellus membantu Yusuf Park untuk memahami Islam. Beliau juga sangat berminat untuk terus mendalami Islam.
Dengan sokongan kawan-kawan Park di Perlis, akhirnya Park membuat keputusan untuk menjadi Muslim.
Kami meraikan Park Yoon Soo di Perlis Centre of WISDOM. Syahadah dibimbing oleh Marcellus Mourine dan disaksikan oleh para pegawai PCW dan bakal ibubapa mertua serta bakal Isteri Park Yoon Soo.
SCAN QR CODE
To Chat With Us