25/05/2024

Mega Kokurikulum: Street Dakwah

Mega Kokurikulum: Street Dakwah

Tarikh: 25 Mei 2025 (Sabtu) / 16 Zulkaedah 1445H
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Sekitar Perhentian Bas Kangar

Alhamdulillah, program Mega Kokurikulum: Street Dakwah anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama Perlis Centre of Wisdom telah berjaya dilaksanakan. Aktiviti ini dibimbing oleh Pengurus Unit Dakwah Perlis Centre of Wisdom, Marcellus Mourine.

Perlis Centre of Wisdom sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan dakwah lapangan. KUIPs dilihat sebagai salah satu institusi yang berpotensi melahirkan mahasiswa yang mahir dalam ilmu dan gerak kerja dakwah.

Dalam sesi penutup program, Marcellus Mourine menyampaikan pesanan berikut kepada para pelajar yang terlibat:

“Setelah kita berusaha berdakwah, jangan lupa untuk kita berdoa memohon kepada Allah SWT agar mad’u yang kita santuni hari ini dikurniakan hidayah-Nya. Dakwah dan doa tidak boleh dipisahkan.”

Semoga usaha ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus terlibat dalam kerja-kerja dakwah di masa hadapan.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

 

Kembali