Ikuti Channel Rasmi Kami di WhatsApp
Hubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us
MOSQUE TOUR GUIDE @ MASJID TERAPUNG
Tarikh: 16 Ogos 2025
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Program Mosque Tour Guide kali ini telah menerima kehadiran ramai pelancong dari pelbagai negara, antaranya India, China, Myanmar dan banyak lagi.
Program ini diketuai oleh Rosaizad Rosli yang merupakan penggerak utama Dakwah Mosque Tour di Perlis. Terima kasih kepada para aktivis WISDOM yang sentiasa berdedikasi menyantuni para pengunjung, menjelaskan keindahan Islam dan memperkenalkan Masjid Al Hussain sebagai hub dakwah serta model pelancongan negeri Perlis.
InshaAllah, dengan sokongan anda semua, Wisdom akan terus menganjurkan aktiviti berskala lebih besar dan bermanfaat pada masa akan datang. Semoga setiap tetamu yang disantuni akan diberikan hidayah dan rahmat oleh Allah SWT.
Nantikan perkongsian aktiviti-aktiviti Wisdom yang lain, dan jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam program seterusnya!











Kembali
SCAN QR CODE
To Chat With Us