Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

One to One Session bersama Mad’u
Tarikh: 29 Mei 2024 / 20 Zulkaedah 1445H
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: Arau
Perlis Centre of Wisdom berpeluang mendekati seorang insan yang menunjukkan minat mendalam untuk mengenal Islam dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Sesi ini dikendalikan oleh Pengurus Unit Dakwah PCW, Marcellus Mourine, bersama Pegawai Dakwah PCW, Amin Khalili. Mereka menyantuni Encik Nam dan berkongsi mesej-mesej penting berkaitan Islam.
Antara topik utama yang dikongsikan adalah Konsep Ketuhanan dalam Islam. Alhamdulillah, Encik Nam dapat memahami asas konsep tersebut dan menyatakan minat untuk terus belajar serta mendalami ajaran Islam.
InsyaAllah, Encik Nam akan terus dibimbing oleh Masjid Al-Abrar Kubang Gajah dengan kerjasama Perlis Centre of Wisdom dan sokongan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Sama-sama kita doakan agar Allah SWT mengurniakan kefahaman yang jelas dan taufik kepada Encik Nam dalam mengenal serta mengamalkan agama Islam.
SCAN QR CODE
To Chat With Us