Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Perlis Centre of Wisdom bersama pasukan aktivis WISDOM berkesempatan menyantuni saudara baru yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti. Nur Hasanah merupakan saudara baru santunan Perlis Centre of Wisdom. Beliau amat bersemangat untuk menduduki ujian bagi melayakkan beliau menyambung pelajaran di universiti. Pasukan aktivis WISDOM turut berusaha membantu beliau untuk persiapan menduduki ujian. Alhamdulillah, sokongan yang diberikan kepada beliau amat membantu dan beliau semakin yakin dan bersemangat untuk memajukan diri melalui pendidikan.
Kaedah Buddyz System dalam program Santuni Kasih ini merupakan salah satu metod yang diaplikasikan oleh pasukan Perlis Centre of Wisdom demi memastikan golongan saudara baru mempunyai “buddyz” untuk mereka rujuk sekaligus boleh membantu mereka dalam hal-hal yang berkaitan. Mereka memerlukan “good circle” untuk membina motivasi yang membangun dan membentuk keperibadian seorang muslim yang baik.
SCAN QR CODE
To Chat With Us