02/04/2024

Syahadah Saudara Baru

Syahadah Saudara Baru

Tarikh: 2 April 2024 (Selasa) / 23 Ramadan 1445H
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Perlis Centre of Wisdom (Pusat Dakwah MAIPs)

Alhamdulillah, pada 10 hari terakhir Ramadan, Perlis Centre of Wisdom berkesempatan membimbing dua orang saudara baru untuk melafazkan syahadah.

Sebelum itu, Pengurus Unit Dakwah PCW, Marcellus Mourine, telah mengadakan sesi khas pengenalan Islam bersama para prospek. Beliau kemudian bertanyakan sama ada mereka dengan rela hati memilih untuk memeluk Islam, dan mereka menjawab dengan yakin bahawa mereka memilih Islam sebagai panduan hidup.

Sesi syahadah telah dibimbing oleh Marcellus Mourine dan Ustaz Amin Khalili, serta disaksikan oleh para pegawai Perlis Centre of Wisdom.

Antara nasihat yang diberikan kepada kedua-dua saudara baru tersebut:

"Menjadi seorang Muslim itu baik. Namun, menjadi Muslim yang memahami ilmu Islam itu jauh lebih baik. Berusahalah untuk terus belajar memahami Islam, insya-Allah kami akan membantu."

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bersama mendoakan agar kedua-dua saudara baru ini diberi kekuatan oleh Allah Azza Wa Jalla untuk terus istiqamah dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam.

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people, people studying, map and text

May be an image of 2 people, people studying and text

Kembali