Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Usrah Wisdom
Tarikh: 29 Mei 2024 / 20 Zulkaedah 1445H
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Seminar, Perlis Centre of Wisdom (Pusat Dakwah MAIPs)
Alhamdulillah, Usrah Wisdom telah berlangsung dengan jayanya. Usrah ini dikendalikan oleh Pengurus Unit Dakwah Perlis Centre of Wisdom, Marcellus Mourine, dan dihadiri oleh para aktivis dakwah serta pelajar-pelajar daripada Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).
Topik perbincangan usrah kali ini adalah berkaitan "Cinta". Antara isi penting yang diketengahkan termasuk:
Pemilik cinta sejati hanyalah Allah SWT.
Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW perlu dibuktikan melalui ketaatan dan menjauhi larangan dalam Islam.
Islam mengajar kita untuk mencintai sesama manusia, sama ada Muslim atau bukan Muslim.
Kesempurnaan iman merangkumi mencintai saudara seIslam seperti mencintai diri sendiri.
Cinta harus diraikan dengan cara yang syarie, bukan dengan budaya “couple”.
Pelajar KUIPs dinasihatkan agar tidak terjerumus dalam permainan cinta yang sia-sia.
Salah satu bentuk cinta adalah dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita rasa cinta yang tulus kepada agama Islam dan membimbing kita agar terus memahami serta mengamalkan ajaran-Nya dengan istiqamah.
Kembali
SCAN QR CODE
To Chat With Us