Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Menjawab Pendustaan Dr. Solehah Yaacob Terkait Salasilah Wangsā Jamalullail (Pemerintah Negeri Perlis)
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang profesor bahasa Arab yang dikenali sebagai puan Dr. Solehah Yaacob dalam sebuah forumnya bersama Mohamed Amin al-Hasani yang bertajuk “Sosiologi Dunia Melayu & Sirah Nabawiyah”, beliau ada menyebutkan beberapa nama yang didakwa sebagai jalur keturunan Jamalullail seperti berikut:
“Sultan Ulwi, Sultan Hamzah, Sultan Harun, Tengku Sirajuddin Jamalullail…” (Lihat pautan dari minit 1:20:27 — https://youtu.be/nvgWoLm-MY4?feature=shared&t=4827 )
Dilihat pada urutan nama-nama yang disebutkan ini memberi gambaran yang jelas bahawa Jamalullail yang beliau maksudkan di sini bukanlah Jamalullail yang lain melainkan wangsa Jamalullail yang menjadi raja-raja pemerintah negeri Perlis iaitu Raja Syed Alwi (bukan Ulwi), Raja Syed Hamzah, Raja Syed Harun Putra (Syed Putra) dan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Lalu apa masalah dengan kenyataan seorang profesor tersebut? Masalahnya adalah profesor tersebut mendakwa bahawa salasilah Jamalullail ini bersambung dengan salasilah Mohamed Amin al-Hasani iaitu melalui Sayyidina Hassan. Sedangkan, berdasarkan rekod bertulis kerajaan Perlis, salasilah Jamalullail adalah melalui Sayyidina Hussein.
Maka jelaslah bahawa apa yang dikatakan oleh profesor tersebut merupakan satu pendustaan terhadap nasab keturunan wangsa Jamalullail. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Cukup seseorang dikatakan dusta, jika ia menceritakan segala apa yang ia dengar.” (HR. Muslim, no. 5)
Mungkin ada penyokong profesor tersebut yang akan berkata bahawa profesor tersebut hanya membacakan atau menukilkan salasilah yang dibawa oleh Mohamed Amin al-Hasani sahaja. Dalam hal ini, sama ada profesor tersebut tersalah baca (sebagaimana dia salah menyebutkan Raja Syed Alwi sebagai Sultan Ulwi), atau Jamalullail yang dimaksudkan adalah Jamalullail yang lain (jika benar, sila nyatakan Jamalullail mana?), ataupun salasilah yang dibawa oleh Mohamed Amin al-Hasani itu palsu?
Maklumat yang tercatat dalam salasilah kerajaan Perlis dalam hal ini lebih dipercayai dan berautoriti berbanding maklumat daripada orang dari luar negara yang mendakwa sebagai ahli bait.
SCAN QR CODE
To Chat With Us