Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Sahur Merupakan Garis Pemisah Amalan Puasa Muslim Dengan Ahli Kitab
Sahur atau makan sempena berpuasa sebelum masuk waktu subuh merupakan amalan yang dituntut ke atas setiap muslim.
Sesungguhnya, pada sahur itu memiliki keberkatan seperti sabda nabi Muhammad SAW:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Selain itu, amalan sahur ini juga merupakan garis pembeda diantara amalan puasa umat Islam dengan ahli Kitab seperti Yahudi dan Kristian. Sabda nabi SAW:
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”.
Sehubungan itu, pada amalan sahur itu juga melambangkan syiar Islam yang menjadi identiti kepada imej muslim itu sendiri.
KembaliSCAN QR CODE
To Chat With Us