Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Bengkel Dakwah (Hari 2)
Tarikh: 30 Jun 2024 / 23 Zulhijjah 1445H
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Seminar Street Dakwah
Hari kedua Bengkel Dakwah diteruskan dengan pengisian yang memperkukuh kefahaman para peserta terhadap pendekatan dakwah kontemporari.
Sesi pertama disampaikan oleh Pengurus Unit Penyelidikan dan Pembangunan Dakwah WISDOM yang membincangkan topik Dakwah Bil Hal & Dakwah Bil Mal, menekankan pentingnya menyampaikan mesej Islam melalui perbuatan, teladan dan sumbangan.
Seterusnya, Ahmad Zahid Faruqi, Pengurus Unit Media Dakwah WISDOM, memberikan pengisian berkaitan Dakwah Bil Media, yang merangkumi peranan platform digital dan media sosial dalam memperluas penyebaran dakwah secara kreatif dan efektif.
Bengkel diakhiri dengan sesi bersama Marcellus Mourine, Pengurus Unit Dakwah WISDOM, yang menyampaikan ceramah bertajuk Pengendalian Muallaf, memberi panduan kepada peserta mengenai pendekatan yang sesuai dan penuh hikmah dalam mendampingi saudara baru.
Alhamdulillah, bengkel dua hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Semoga para peserta mendapat manfaat dan kekal bersemangat dalam melaksanakan dakwah kepada masyarakat majmuk.
Kembali
SCAN QR CODE
To Chat With Us