23/08/2025

Santuni Kasih: Ziarah Muallaf 22 OGOS 2025

Santuni Kasih: Ziarah Muallaf 22 OGOS 2025
Tarikh : 22 Ogos 2025/Jumaat
Tempat : Kangar
Masa : 10.00 pagi

Perlis Centre of WISDOM telah menziarahi keluarga muallaf yang terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini. Setelah meneliti situasi keluarga ini, pihak kami akan melaksanakan khidmat bantuan yang sewajarnya. Pasukan Perlis Centre of Wisdom juga telah membawa keluarga muallaf ini ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi untuk berurusan. JAIPs melalui Bahagian Dakwah JAIPs juga telah melakukan inisiatif yang pantas untuk membantu keluarga muallaf ini. Terima kasih diucapkan kepada JAIPs-Ustazah Nafizah (KPP Bahagian Dakwah JAIPs) & Ustaz Ahmad Sirajuddin (Imam Besar Negeri Perlis).

DAKWAH ILMIAH, SANTUN BERHIKMAH
PERLIS CENTRE OF WISDOM

Kembali