Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Forum Semarak Dakwah Islam
Alhamdulillah, forum dakwah telah selesai diadakan di Masjid Al-Amin, Sempering. Panel yang terlibat dalam forum ini adalah Brother Azlee Stanley (Presiden Jaringan Muallaf Malaysia) dan Marcellus Mourine (Pengurus Dakwah WISDOM).
Brother Azlee Stanley berkongsi pengalaman beliau kembali ke agama fitrah, iaitu Islam. Antara nasihat yang diberikan adalah mengenai sikap seorang Muslim dalam berinteraksi dengan orang bukan Islam. Sikap yang perlu diterapkan adalah sikap yang positif dan dapat menggambarkan imej Islam yang sebenar.
Marcellus Mourine pula dalam sesi forum ini menegaskan bahawa kepelbagaian agama dan bangsa seharusnya menjadi rahmat bagi kita sekiranya kita memahami peranan kita dalam masyarakat majmuk. Antara tanggungjawab kita sebagai Muslim adalah untuk menyampaikan mesej tauhid kepada orang bukan Islam dengan cara yang syarie dan sesuai dengan kemampuan kita. Beliau juga menegaskan kepada masyarakat bukan Islam untuk tidak merasa terancam dengan dakwah Islamiyyah, kerana salah satu tanggungjawab seorang Muslim adalah menyampaikan mesej Islam.
Dakwah adalah tugas setiap Muslim. Marilah kita bersama-sama memperkasakan dakwah Islamiyyah, khususnya di bumi Perlis dan amnya di seluruh Malaysia.
SCAN QR CODE
To Chat With Us