Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Hari Bersama Muallaf
Tarikh: 20 Jun 2024 (Khamis) / 12 Zulhijjah 1445H
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Seminar Perlis Centre of Wisdom
Alhamdulillah, Perlis Centre of WISDOM telah mengadakan program Hari Bersama Muallaf bagi meraikan para saudara baru yang aktif menyertai program dan pengajian anjuran NGO-NGO dakwah di negeri Perlis. Antara mereka ada yang konsisten mengikuti pengajian yang dijalankan oleh Hidayah Centre Foundation Cawangan Perlis dan PERKIM Perlis.
Sebagai pusat dakwah di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Perlis Centre of WISDOM sentiasa menyokong dan bersedia bekerjasama dalam memperkasa pembangunan saudara baru.
Turut hadir ialah Presiden Yayasan Muallaf Malaysia, Puan Nabila Shilla Lama. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yayasan Muallaf Malaysia atas sumbangan telekung kepada para saudara baru yang hadir.
Pengisian program disampaikan oleh Pengurus Unit Dakwah WISDOM, Marcellus Mourine, yang menekankan kepentingan mengamalkan Islam berdasarkan pemahaman yang benar. Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman agama kepada kita semua.
Kembali
SCAN QR CODE
To Chat With Us