Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Program Hari Bersama Muallaf
Tarikh: 20 Jun 2025
Tempat: Perlis Centre of Wisdom, Kangar, Perlis
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Program Hari Bersama Muallaf yang berlangsung dengan penuh kemesraan dan keberkatan pada hari ini.
Program ini menjadi medan pertemuan yang bermakna antara saudara baru dan para aktivis dakwah dalam suasana yang penuh mesra dan harmoni. Para aktivis dakwah yang komited membantu golongan saudara baru untuk memahami agama Islam dan membina kekuatan untuk terus kuat menghadapi hidup yang penuh cabaran sebagai seorang Muslim yang baru.
Pengisian istimewa telah disampaikan oleh Marcellus Mourine, Pengurus Perlis Centre of Wisdom, yang menyentuh soal kefahaman asas dalam Islam, pentingnya ukhuwah sesama saudara se-Islam, serta motivasi dalam menghadapi cabaran sebagai seorang muallaf. Turut membantu dalam sesi Tadarus dan Tadabbur Al-Quran ialah Ustaz Hazwan, Ustaz Faizul, dan Ustaz Al Qayyim. Mereka merupakan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin yang aktif dalam gerakan dakwah dan pembangunan muallaf.
Majlis turut diserikan dengan sesi perkongsian pengalaman, jamuan santai, dan peluang soal jawab yang sangat bermanfaat untuk semua peserta. Turut hadir bersama Presiden Rumah Lavender, Tuan Marja, atau lebih mesra dipanggil sebagai Mak Ja, bersama pasukannya Ustazah Suriati dan Saudari Iris Khor.
Semoga program ini menjadi asbab hidayah, kekuatan dan kasih sayang antara sesama saudara seagama.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Kembali
SCAN QR CODE
To Chat With Us