Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Majlis Buka Puasa Bersama Masyarakat Majmuk Bil.1
Tarikh : 12 April 2023 / 21 Ramadhan 1444H
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Masjid As-Sobirin, Kg. Gial, Arau
Alhamdulillah, Majlis Buka Puasa Bersama Masyarakat Majmuk di Masjid As-Sobirin mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat majmuk di Perlis.
Majlis ini dihadiri oleh Pertubuhan Buddhist Perlis, Gereja Baptis Perlis, Majlis Belia Hindu, Pertubuhan Che Yang Khor dan beberapa agensi / NGO Islam. Turut hadir para pelajar UniMAPs dan PTSS.
Pengisian Utama dalam majlis ini ialah Dialog Harmoni bersama Mufti Negeri Perlis. Sesi ini berkonsepkan soal jawab mengenai Islam. Banyak soalan yang telah dikemukakan oleh para tetamu masyarakat majmuk mengenai Islam dan dijawab baik oleh Sahibus Samahah Dato Arif Perkasa Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
Turut diadakan penyampaian sumbangan zakat kepada masyarakat majmuk dan penyampaian sumbangan Perlis Centre of WISDOM kepada Masjid As Sobirin.
PCW ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ini.
Semoga keharmonian dalam kepelbagaian bangsa dan agama dapat dipelihara. InsyaAllah kami akan terus berusaha menyampaikan mesej-mesej Islam kepada masyarakat majmuk.
Sahabat-sahabat, mohon sokongan doa dari kalian. Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan kepada team kami untuk terus menyebarkan kebaikan Islam.
SCAN QR CODE
To Chat With Us