20/11/2023

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Saudara Kita

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Saudara Kita
Tarikh: 20 November 2023 / 06 Jamadilawal 1445H
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Seminar Perlis Centre of Wisdom (Pusat Dakwah MAIPs)

Alhamdulillah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Perlis Centre of Wisdom (PCW) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada saudara-saudara baru.

Sebelum ini, YADIM telah menyalurkan sumbangan kepada Persatuan Cina Muslim di Pangsapuri Sena. Kali ini, sebanyak 10 kotak barang keperluan disampaikan kepada saudara baru di bawah seliaan Perlis Centre of Wisdom.

Majlis ini turut dihadiri oleh:

  • Ustaz Ahmad Iqram (Ketua Pegawai Operasi PCW)

  • Ustaz Zuhri (Pemangku Pengarah YADIM Kedah-Perlis)

  • Tuan Haji Fuad (Penyelaras Program Dakwah YADIM)

  • Ustaz Ajmal (Pegawai YADIM)

  • Tuan Haji Sadik (Penasihat PCW)

  • Pengurus-pengurus unit PCW

  • Staf PCW serta para saudara baru.

Majlis turut diserikan dengan pengisian tazkirah yang disampaikan oleh Pengurus Unit Dakwah PCW, Marcellus Mourine.

Moga kerjasama erat antara YADIM dan PCW akan terus kukuh, memberi impak positif kepada pembangunan dakwah dan kebajikan saudara baru. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran dan keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

 

Kembali