15/12/2023

Majlis Serahan Al-Quran Terjemahan kepada Masjid Al-Hussain

Majlis Serahan Al-Quran Terjemahan kepada Masjid Al-Hussain

Tarikh: 15 Disember 2023 / 02 Jamadilakhir 1445H
Masa: 2.00 PM
Tempat: Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Alhamdulillah, Perlis Centre of WISDOM telah menyampaikan sumbangan Al-Quran Terjemahan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin kepada Masjid Al-Hussain. Sumbangan ini bertujuan untuk digunakan sebagai bahan dakwah kepada pengunjung-pengunjung non-Muslim yang datang melawat masjid tersebut.

Masjid Al-Hussain adalah sebuah masjid yang menjadi tarikan utama bagi pengunjung non-Muslim dari dalam dan luar negara. Perlis Centre of WISDOM melihat ini sebagai peluang untuk menyebarkan mesej Islam kepada lebih ramai orang. Dengan adanya Al-Quran Terjemahan, diharapkan pengunjung dapat lebih memahami ajaran Islam dan membuka ruang untuk perbincangan dan pemahaman yang lebih mendalam.

Mudah-mudahan usaha dakwah di bumi Perlis terus berkembang dan memberi manfaat yang besar.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

 

Kembali