15/06/2025

Mosque Tour Guide 15 Jun 2025

MOSQUE TOUR GUIDE @MasjidTerapung
Tarikh: 15 Jun 2025
Tempat: Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Alhamdulillah, program Mosque Tour Guide bagi minggu ini telah selesai dengan jayanya.

Pengarah Program, Rosaizad Rosli, menyatakan bahawa program ini akan terus diperkasakan dengan lebih efektif. Dalam usaha dakwah ini, semangat, kecekalan, dan pendekatan hikmah amatlah penting.

Ribuan terima kasih kepada seluruh pasukan aktivis WISDOM yang sentiasa komited dalam menjayakan usaha dakwah ini. Sepanjang program, kami menerima kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara — dan kami berusaha menyantuni mereka sebaik mungkin.

Yang paling utama, kami kongsikan mesej-mesej murni Islam kepada semua pengunjung dengan penuh kasih sayang dan hikmah. Semoga Allah SWT membuka hati para prospek untuk menerima hidayah-Nya.

Kembali