Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Rangkuman Hari Pertama Perlis International Sunnah Convention 2023
Alhamdulillah, hari pertama Perlis International Sunnah Convention yang pertama telah berlangsung dengan jayanya di Dewan 2020, Kangar. Konvensyen kali ini menampilkan enam penceramah terkenal dari pelbagai negara, menjadikannya satu acara yang menarik dan bermanfaat.
Hadirin dianggarkan mencecah 3000 orang, yang datang dari pelbagai negara seperti Australia, Ghana, Thailand, Indonesia, dan banyak lagi. Mereka memenuhi setiap sudut dewan yang luas, menunjukkan minat yang tinggi terhadap ilmu yang dibentangkan.
Mudah-mudahan, program ini memberikan manfaat yang besar kepada semua yang hadir. Bagi mereka yang terlepas program hari ini, insyaAllah masih ada peluang untuk hadir pada hari esok. Tidak perlu mendaftar lebih awal, para hadirin boleh 'walk-in' sahaja.
SCAN QR CODE
To Chat With Us