04/06/2025

Santuni Kasih: Ziarah Muallaf 31 Mei 25

Santuni Kasih: Ziarah Muallaf

Tarikh: 31 Mei 2025

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kelancaran program Santuni Kasih: Ziarah Muallaf yang telah berjaya dilaksanakan! 

Program anjuran Perlis Centre of Wisdom ini bertujuan untuk mendekati dan menyantuni muallaf serta non-Muslim yang menunjukkan minat terhadap Islam. Kali ini, program dilaksanakan dengan kerjasama pelajar-pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) .

Para peserta telah menziarahi muallaf di sekitar negeri Perlis bagi menyampaikan sumbangan, sokongan moral, dan kasih sayang sesama insan.

InsyaAllah, program sebegini akan diteruskan bagi memperkukuhkan ukhuwah Islamiah yang dicontohkan oleh Baginda Nabi SAW.

#SantuniKasih #ZiarahMuallaf #PerlisCentreOfWisdom #UniSIRAJ #DakwahKasihSayang #UkhuwahIslamiah #IslamItuIndah

 

 

 

 

 

Kembali