14/07/2025

Sesi Penerangan Islam & Lafaz Syahadah

Sesi Penerangan Islam & Lafaz Syahadah

Tarikh: 14 Julai 2025
Tempat: Perlis Centre of Wisdom, Kangar, Perlis

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT! Pada hari yang penuh keberkatan ini, kami di Perlis Centre of Wisdom berbesar hati menerima kehadiran seorang insan istimewa dari India yang hadir dengan niat yang suci dan hati yang terbuka untuk mengenali Islam.

Dalam sesi penerangan yang dikendalikan oleh Pengurus Perlis Centre of Wisdom, Marcellus Mourine, Saudara kita mendengar dengan penuh minat tentang keindahan Islam — agama fitrah yang menyeru kepada keesaan Tuhan, keamanan dan kasih sayang sesama manusia.

Dengan izin Allah, hidayah menyapa hatinya Pegawai Dakwah PCW, Ustaz Amin Khalili membimbing beliau melafazkan dua kalimah syahadah dengan penuh keyakinan dan keikhlasan:

"Ashhadu alla ilaha illallah, wa ashhadu anna Muhammadur rasulullah."

Beliau kini bergelar seorang Muslim!

Kami mendoakan semoga saudara kita ini terus diberi ketabahan, kekuatan iman, dan petunjuk dalam menelusuri jalan hidup sebagai seorang Muslim yang taat, insya-Allah.

#PerlisCentreOfWisdom #IslamicRevertJourney #SyahadahDay #WelcomeToIslam #HidayahMilikAllah #DakwahPerlis #SaudaraBaru #IslamItuIndah

 

Kembali