Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

STREET DAKWAH @ KANGAR
Tarikh: 13 Julai 2025 (Ahad)
Tempat: Persiaran Jubli Emas, Kangar, Perlis
Alhamdulillah, program Street Dakwah anjuran Perlis Centre of Wisdom telah berjaya dilaksanakan di Persiaran Jubli Emas, Kangar. Program ini bertujuan menyampaikan mesej Islam secara langsung kepada masyarakat, khususnya golongan bukan Muslim yang ingin mengenali ajaran Islam dengan lebih dekat.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dan interaksi yang berlaku membuktikan bahawa pendekatan secara mesra, terbuka dan berhikmah mampu menyentuh hati mereka yang mencari kebenaran.
Semoga segala usaha ini diberkati dan diterima sebagai amal soleh, serta semoga para prospek yang disantuni akan dibukakan hati mereka oleh Allah SWT untuk menerima hidayah-Nya.
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"”
(Surah Fussilat: 33)
#StreetDakwah #Kangar #PerlisCentreOfWisdom #DakwahBijaksana #DakwahMasyarakatMajmuk #IslamItuIndah #DiscoverIslam #DakwahPerlis #RahmatUntukSekalianAlam
SCAN QR CODE
To Chat With Us