Ikuti Channel Rasmi
Kami di WhatsAppHubungi KamiSCAN QR CODE
To Chat With Us

Wisdom Outreach
Tarikh: 15 Jun 2024 | Sabtu
Tempat: Kuala Perlis
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Alhamdulillah, Perlis Centre of WISDOM terus berusaha untuk menyampaikan mesej-mesej Islam di negeri Perlis. Kali ini, program Wisdom Outreach diadakan di Kuala Perlis, yang disertai oleh para aktivis WISDOM. Walaupun situasi di Jeti Kuala Perlis agak kalut, usaha untuk menyampaikan Islam secara harmoni tetap dilaksanakan.
Turut hadir bersama adalah Saudara Azlee Stanley, Presiden Jaringan Muallaf Malaysia dan juga rakan strategik dakwah WISDOM. Semasa sesi post-mortem, beliau berkongsi kaedah dakwah yang santai namun efisien.
InsyaAllah, usaha untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat majmuk akan diteruskan oleh Pusat Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Perlis Centre of WISDOM dengan pendekatan yang berhikmah. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan dakwah kita. Mari kita bersama-sama berdoa agar Allah Azza Wa Jalla memberikan hidayah kepada para mad’u yang disantuni sepanjang program ini.
Kembali
SCAN QR CODE
To Chat With Us