25/02/2023

Wisdom Outreach Bil.2/2023

Wisdom Outreach Bil.2/2023
Tarikh     : 25 Februari 2023 (Sabtu)
Tempat   : Ocean Glow Kuala Perlis
Masa      : 6.00 Petang

Alhamdulillah. Program Wisdom Outreach pada hari ini telah berlangsung di dataran Ocean Glow Kuala Perlis.

Seperti yang kami jadualkan sebelum ini, sepatutnya program ini diadakan di Dataran Dato Sheikh Ahmad,Kangar namun kawasan yang dipilih tidak seperti yang kami jangkakan.

Oleh itu, plan B kami ialah Dataran Ocean Glow Kuala Perlis. Musim cuti sekolah pada kali ini Dataran Ocean dipenuhi ramai pengunjung daripada dalam dan luar negeri Perlis.

Dalam kesempatan itu juga,kami berusaha berkongsi mesej Islam kepada masyarakat majmuk yang berkunjung di sana.

Sahabat-sahabat sekalian, bersama kita memohon pada Allah Azza Wa Jalla supaya para prospek yang disantuni pada program hari ini dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Kembali